skmgdi.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skmgdi@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KURIKULUM | KEPUTUSAN UPSR | Sesi Petang | ENROLMEN PELAJAR | AKTIVITI | BUKU PELAWAT | Panitia Bahasa Melayu | Panitia Agama Islam | Panitia Seni | Panitia Muzik | Panitia Matematik | Panitia Bahasa Inggeris | Panitia Kajian Tempatan | Panitia Pend. Moral | Panitia KH | Pendidikan Jasmani & Kesihatan | Panitia Sains | Panitia Bahasa Arab Komunikasi | Panitia Siviks Kenegaraan | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | PANORAMA | PAUTAN | PIBG |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Nama Asal sekolah ini ialah Sekolah Kem Seri Lara. Sekolah ini dikhaskan untuk anak-anak tentera yang berkhidmat di Kuching. Oleh kerana mereka ini sering berpindah randah maka pihak tentera bersetuju untuk menderma sebidang tanah dalam kem tentera (Kem Semenggo) sebagai tapak sekolah secara tetap.

Pada awal penubuhannya terdapat seramai 64 orang pelajar dan 2 orang guru berada di sekolah ini. Bilangan pelajar dan guru semakin meningkat apabila jumlah tentera yang dihantar untuk berkhidmat di sarawak semakin bertambah. Apabila sebuah sekolah di Jalan Airport Lama ditutup, maka bermulalah era bagi sekolah Kem Seri Lara ini.

Guru Besar pertama, Hj Othman Hj Zainuddin (Almarhum) telah membuat rayuan kepada pihak tentera untuk membina beberapa buah bilik darjah baru, gelanggang bola keranjang dan sebuah padang bola sepak. Permohonan ini telah diluluskan oleh pihak tentera.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan ini, nama seorang Panglima Angkatan Tentera yang berkhidmat di Sarawak telah diangkat secara rasmi sebagai nama sekolah. Maka tertubuhlah Sekolah Rendah Bantuan Mejar Jeneral Dato Ibrahim pada 30 Jun 1968.

Sekolah ini telah didaftar oleh Jabatan Pelajaran Sarawak pada 30 Disember 1967.

 

Makmal Sains
Kantin sekolah

Bangunan Dewan sekolah



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: