VISI SEKOLAH
  
 Menjadikan SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim sebuah sekolah yang UNGGUL dalam melahirkan para pelajar yang berkualiti
  
 
 
 MISI SEKOLAH
 - Memberi perkhidmatan dengan penuh iltizam untuk mecemerlangan akademik & kokurikulum yang menjurus ke arah pengajaran & pembelajaran yang berkualiti kepada semua pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
 
   FALSAFAH SEKOLAH
 
  Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang seluas-luasnya akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan daya intelek masing-masing. Bahawasanya kami para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.
 
  OBJEKTIF SEKOLAH
 - Meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. 
 - Membolehkan pelajaran menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca, menulis dan menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira. 
 - Menguasai kemahiran belajar dan berfikir serta mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, bermotivasi, harmoni dan ceria melalui penerapan konsep sekolah penyayang dan budaya kerja berpasukan. 
 
 
  MATLAMAT SEKOLAH
 - Berusaha dengan penuh iltizam untuk mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum, keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah disamping mewujudkan suasana kondusif untuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran. 
 
 CIRI-CIRI SEKOLAH CEMERLANG - Budaya ilmu ketara 
 - Celik huruf, celik angka, celik Al-Quran meningkat 
 - Pencapaian 5A melebihi 30% & 5ABC melebihi 70% 
 - Keceriaan sekolah terselah 
 - Kebajikan guru & staf terpelihara 
 - Warga sekolah komited, berdisiplin dan berakhlak mulia 
 
 
  TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG
 - Berazam meninggikan mutu perkhidmatan 
 - Bekerja dengan penuh tanggungjawab 
 - Berusaha mengikis sikap mementing diri sendiri 
 - Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan 
 - Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara 
 - Berpegang teguh kepada ajaran agama 
 
  |