skmgdi.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skmgdi@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KURIKULUM | KEPUTUSAN UPSR | Sesi Petang | ENROLMEN PELAJAR | AKTIVITI | BUKU PELAWAT | Panitia Bahasa Melayu | Panitia Agama Islam | Panitia Seni | Panitia Muzik | Panitia Matematik | Panitia Bahasa Inggeris | Panitia Kajian Tempatan | Panitia Pend. Moral | Panitia KH | Pendidikan Jasmani & Kesihatan | Panitia Sains | Panitia Bahasa Arab Komunikasi | Panitia Siviks Kenegaraan | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | PANORAMA | PAUTAN | PIBG |

Type your content here

 RANCNANGAN KE ARAH PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK UNTUK TAHUN 1 – 3 (2006 - 2008)

 

VISI SEKOLAH

 

  • Menjadikan SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim sebuah sekolah yang Unggul dalam melahirkan para pelajar yang berkualiti.

 

MISI SEKOLAH

 

  • Memberi perkhidmatan dengan penuh iltizam untuk mecemerlangan akademik & kokurikulum yang menjurus ke arah pengajaran & pembelajaran yang berkualiti kepada semua pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

 

MATLAMAT SEKOLAH

 

·        Berusaha dengan penuh iltizam untuk mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum, keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah disamping mewujudkan suasana kondusif untuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

  • Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersatu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

  • Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

OBJEKTIF AM

 

1.         Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran Asas di Tahap Satu.

 

2.         Mempertingkatkan peratus penyertaan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

 

3.         Mewujudkan tahap keceriaan yang cemerlang.

 

4.         Menghindar para pelajar daripada perbuatan-perbuatan yang melanggar peraturan sekolah.

 

OBJEKTIF KHAS

 

1. Kadar Buta 3M bagi murid Tahun Satu akan dihapuskan pada akhir bulan Jun setiap tahun.

 

2. Prestasi kecemerlangan akademik akan dikekalkan 80% ke atas.

 

3. Murid-murid tahap satu akan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu permainan di

    peringkat Bahagian dan dua aktiviti di peringkat Kawasan.

 

4. Memberi penekanan terhadap keselamatan, keceriaan dan kebersihan di seluruh kawasan

    sekolah.

 

5. Mengurangkan kes-kes disiplin di sekolah.

 

 

 

I.         Rancangan Ke Arah Peningkatan Kecemerlangan Akademik Untuk

Tahun 1 - 3

 

A. Rancangan untuk murid Tahun 1  -  Tahun 3 (2006 – 2008)

 

1.1 Mengenalpasti masalah

 

1.1.1 Membuat analisis dari ujian semasa

        - Bertujuan untuk mengesan kelemahan dalam bidang matapelajaran utama.

 

1.1.2 Melalui pemerhatian ( semasa proses pengajaran dan pembelajaran )

        - bagi mengesan kelemahan dari segi sikap dan penerimaan murid dalam proses

          pengajaran dan pembelajaran.

 

1.1.3 Mengenalpasti masalah peribadi/sikap murid

       - mengenalpasti setiap murid yang bermasalah sama ada dari segi sikap dan latar

          belakang sosial dan fizikal.

 

1.1.4 Mengenalpasti latarbelakang keluarga murid.

        - bertujuan untuk mengesan masalah yang ada hubungkait dengan setiap murid yang

           bermasalah.

 

2. Merancang dan Melaksanakan strategi Untuk Mengatasi Masalah.

 

2.1 Menjalankan aktiviti pemulihan ringan (dalam kelas biasa)

 

- Menghapus kadar buta 3M.

- Mengekalkan Prestasi Kecemerlangan Akademik dalam 80% ke atas.

 

2.2 Murid-murid yang benar-benar lemah dihantar ke kelas Pemulihan Khas.

 

2.3 Sistem Anak Angkat: Guru Kelas akan menjadi bapa/ibu angkat kepada murid-murid

      yang bermasalah. Laporan kemajuan perlu dibuat sekali sebulan.

 

2.4 Kerjasama dengan ibubapa / penjaga.

      - ibubapa / penjaga murid berkenaan akan dimaklumi dan diminta bekerjasama membantu

        anak-anak mereka.

 

2.5 Aktiviti Pengukuhan dan Pengayaan.

     - murid-murid cerdas terus diberi pengayaan

     - murid-murid sederhana terus diberi pengkukuhan dan pengayaan.

 

3. Sistem Pemantauan.

 

3.1 Latihan harian dan kerja rumah untuk mengesan kemajuan semasa.

 

3.2 Ujian bulanan - membuat analisis bagi mengesan bidang yang lemah. Hasil analisis

                                diguna untuk membantu murid-murid yang lemah.

 

3.3 Melalui Pemerhatian- dijalankan secara berterusan untuk mengikuti perkembangan

                                          individu murid.

 

3.4 Rekod Kemajuan, Ujian Bulanan dan Ujian Semester - diguna untuk mengukur

       prestasi/ kemajuan murid.

 

3.5 Laporan Kemajuan sebulan sekali - guru matapelajaran dan guru ibubapa angkat akan

      memberi laporan kemajuan tentang kemajuan setiap kelas dan setiap individu murid

      yang telah dikenalpasti lemah dalam matapelajaran yang tertentu.

 

 

4. Tindakan Susulan

 

4.1 Aktiviti Pemulihan, Pengajaran semula, Pengukuhan dan Pengayaan.

 

4.2 Kerjasama dengan ibubapa/penjaga murid yang bermasalah - ibubapa/penjaga dimaklum dari

      semasa ke semasa tentang perkembangan anak-anak mereka.

 

 

5. Kajian Semula tentang Keberkesanan

-         mengakji semula sama ada strategi yang dirancang dan dilaksanakan sesuai, berkesan dan berjaya.

 

-    jika pelaksanaannya tidak mencapai matlamat, ianya perlu dirancang semula berdasarkan 

     keadaan semasa.

 

     -    jika berkesan ianya akan diteruskan dengan diubahsuai mengikut keadaan semasa.

 

B. Pelan Bertindak Untuk Disiplin Sesi Petang

 

1. Berteraskan Konsep Penyayang di dalam menangani masalah disiplin.

    - murid-murid yang menghadapi masalah disiplin akan didenda mengikut hukuman

      yang telah ditetapkan.

    - diberi nasihat dan penerangan tentang perkara yang dilakukan agar dapat

       menimbalkan kesedaraan terhadap murid berkenaan.

 

2. Penerapan disiplin/nilai-nilai melalui amalan hidup bersih dan indah.

    - nilai-nilai murni dan amalan-amalan yang baik diserapkan dalam proses pengajaran  

       dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

 

3. Pembentukan disiplin melalui amalan hidup bersih dan indah.

    - murid-murid dinasihat, digalak dan dilatih untuk mengamalkan sikap bersih dalam

       kehidupan seharian sama ada di sekitar kawasan sekolah, dalam bilik darjah, dalam    

       tandas, berpakaian, makanan dan minuman.

 

4. Semua guru adalah guru disiplin.

    - semua guru diminta mengawasi kelakuan murid.

    - jika ternampak. terdapat murid yang melanggar peraturan sekolah / berkelakuan tidak

       baik perlu diambil tindakan segera.

 

 

C. Pelan Bertindak Untuk Keceriaan, Kebersihan Dan Keselamatan Sesi Petang

 

1. Penyediaan Jadual Penyelanggaraan untuk Pekerja Am.

 

2. Memastikan Ahli Jawatankuasa Keceriaan dan Kebersihan melaksanakan tugas seperti

    yang dijadualkan.

 

3. Menyedia jadual bertugas bagi guru-guru untuk mengawal disiplin pada waktu rehat.

 

4. Penglibatan semua guru dan  murid.

- semua guru dan murid sentiasa diingatkan agar menjaga kebersihan, keselamatan dan

   keceriaan persekitaran sekolah.

 

 

II.  PELAN TINDAKAN PENGURUSAN KURIKULUM SESI PETANG, 2006

 

1.      Jawatankuasa Kurikulum Sesi Petang

 

Pengenalan

 

1.1  Jawatankuasa Kurikulum Sesi Petang dipengerusikan oleh Guru Besar, manakala Penyelia Petang sebagai Naib Pengerusi. Setiausaha dipegang oleh guru-guru yang akan mengambil giliran pada setiap mesyuarat Kurikulum dan ahli-ahlinya terdiri daripada Guru pemulihan, semua ketua panitia, ketua guru setiap tahap, guru sumber dan guru perpustakaan.

 

1.2  Senarai Jawatankuasa Kurikulum Sesi Petang

 

Pengerusi :                    Guru Besar       - Hj Abg Sapali Hj Abg Sepawi

Naib Pengerusi :           Peny. Ptg.         - En Tiong Ho Sion

Setiausaha:                                           - Giliran Ahli

Ahli-ahli            1. En Pendi Mail (Guru Kauseling)

                        2. En Nafie Boyong (Guru Pemulihan)

                        3. Semua Penolong Ketua Panitia

                        4. Semua Guru Ketua setiap Tahap

                        5. Guru Pusat Sumber

                        6. Guru Perpustakaan

 

1.3  Strategi Pelaksaan Bagi Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid

 

1.3.1        Menempatkan guru-guru yang terlatih dan mahir untuk mengajar matapelajaran mengikut kemahiran / opysen  mereka.

 

1.3.2        Seboleh-bolehnya setiap guru diagihkan satu matapelajaran utama dan matapelajaran pilihan lain. (Tidak melebihi empat matapelajaran)

 

1.3.3        Mengagihkan masa mengajar yang hampir sama bagi setiap guru kecuali guru yang mempunyai tugas khas.

 

1.3.4        Bagi Setiap Tahap ( Standard ), dilantik seorang guru menyelaraskan  pencapaian dan segala aktiviti yang berkaitan akademik.

 

1.3.5        Menentukan ibu bapa menyemak buku latihan anak-anak mereka dengan berkesan

 

1.3.6        Pencerapan pengajaran dan pembelajaran dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi setiap guru. Pencerapan ini dilakukan oleh Guru Besar dan Penyelia Petang.

 

1.3.7        Mengadakan Pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa ke kelas oleh Guru Besar dan Penyelia Petang.

 

1.3.8        Mengadakan 2 kali ujian Bulanan dan 2 kali Ujian Semester. Laporan dan Analisis dibuat dan tindakan susulan diambil oleh semua Guru Matapelajaran untuk mengatasi kelemahan murid-murid.

 

1.3.9        Panitia mata pelajaran terlibat secara langsung untuk mengaji dan mengatur startegi membantu murid yang lemah

 

1.3.10    Mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid yang lemah.

 

1.3.11    Mengadakan ceramah motivasi untuk meningkatkan semangat saing antara murid-murid untuk mencapai prestasi yang baik

 

1.3.12    Menysusun semula Pusat Sumber Sekolah bagi kegunaan guru-guru dengan lebih berkesan

 

1.3.13    Menyusun semula buku-buku di Perpustakaan bagi kegunaan murid-murid dan guru-guru dengan lebih teratur dan berkesan.

1.4  Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sesi Petang

 

1.4.1        Memastikan objektik dan matlamat akademik sekolah tercapai

 

1.4.2        Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

 

1.4.3        Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar.

 

1.4.4        Menetapkan garis panduan menyediakan rancangan kerja.

 

1.4.5        Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.

 

1.4.6        Meningkatkan mutu P & P bagi meningkatkan lagi prestasi cemerlang

 

1.4.7        Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan

 

1.4.8        Mengesan dan memastikan supaya sukatan pelajaran dan perancangan pelajaran dilaksanakan dengan sempurna

 

1.4.9        Merancang kursus dan pendedahan guru/staf kepada perkara terbaru dalam pendidikan

 

1.4.10    Mengkaji analisa keputusan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi kelemahan

 

1.4.11    Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh murid

 

1.4.12    Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah

 

1.4.13    Memberi buku panduan kepada guru-guru matapelajaran

 

2.      Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sesi Petang

 

2.1  Pengenalan

 

Panitia Mata pelajaran merupakan satu badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Ia dipimpin oleh Guru Kanan bagi satu-satu matapelajaran yang dikenali dengan Ketua panitia.

 

2.2  Di sekolah ini terdapat 10 buah Panitia Mata Pelajaran di sebelah sesi petang, iaitu :

2.2.1        Panitia Bahasa Melayu

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Maimon bt Dtk Hj Semion

Ahli-ahli            : Asmah Hj Atoi          Zawatil Isyqi

                                                 Nona @ Achie           Pendi Mail

                                                Noormala Fadzli        Rosmi Los

                                                Juriah Puji                  Rosdi Uteh

                                                Janah Musa                Julia Victor

                                                Fatimah Kunuh          Narizah Samat

                        Rozita Ishak               Yusmiza Ismail

2.2.2        Panitia Matematik

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Juliana Senari ak Dtk Peter

Ahli-ahli            : Asmah Hj Atoi            Maimon Semion

                                                Nona @ Achie             Zawatil Isyqi

                                                Noormala Fadli           Norazah Othman

                                                Chung Fui San             Janah Musa

                                                Juriah Puji                    Rosdi Uteh

                                                Jacqueline Bulan          Fatimah Kunuh

                        Yusmiza Ismail

2.2.3        Panitia Bahasa Inggeris

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Simon Saman ak Singgut

Ahli-ahli            : Cikgu Siti Aishah                   Cikgu Connie Henry

                          Cikgu Chung Fui San Cikgu Liz Elizabeth

                          Cikgu Sumiah Sari                  Cikgu Chua Poh Geok

 

2.2.4        Panitia Sains

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Asmah Hj Atoi

Ahli-ahli            : Yusmiza Ismail          Maimon Semion

                                                Nona @Achie               Pendi Mail

                                                Noormala Fadzli           Norazah Othman

                                                Chung Fui San              Janah Musa

                                                Tiong Ho Sion              Juliana Senari             

                                                Rozita Ishak                  Fatimah Kunuh                       

 

2.2.5        Panitia Pendidikan Moral

Penolong Ketua Panitia : Pn. Sumiah Sari

Ahli-ahli            : Rozita Ishak             Jacqueline Bulan

                                                Kamal Baharin b Yahya

                        Janah Musa                Ustazah Noor Madiah

 

2.2.6        Panitia Pendidikan Agama Islam

Penolong Ketua Panitia : Ust Kamal Bahrain

Ahli-ahli            : Ustazah Noor Madiah bt Osman

  Ustazah Harmiyati bt Dollah

 

2.2.7        Panitia Bahasa Arab Komunikasi

Ketua Panitia    : Cikgu Raja Amran b Raja Jaafar

Ahli-ahli            : Cikgu Haslaila Hanafi

                          Ustazah Harmiyati bt Dollah   

 

2.2.8        Panitia Pendidikan Seni

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Juriah Puji

Ahli-ahli            : Yusmiza Ismail          Noormala Fadzli

                                                Sumiah Sari                 Rosdi Uteh

                                                Lis Elizabeth               Janah bt Musa

                        Juliana Senari                 Ustazah Harmiyati

 

2.2.9        Panitia Pendidikan Muzik

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Nona @ Achie ak Landa

Ahli-ahli            : Juriah Puji                    Norazah Othman

                                                 Julia Victor                   Simon Saman   

Ustazah Noor Madiah     Jacqueline Bulan

Chua Poh Geok

 

2.2.10    Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Penolong Ketua Panitia : Cikgu Connie ak Henry Anchangan

Ahli-ahli            : Noormala Fadzli            Zawatil Isyqi

                                                  Rosdi Uteh                    Chung Fui San

                                                  Fatimah Kunuh             Siti Aishah

                                                  Narizah Samat              Jacqueline Bulan   

                          Maimon Semion

                                    

 

 

2.3  Pelaksanaan Aktiviti

 

Setiap Panitia merancang aktiviti masing-masing berpandukan program berikut :

 

2.3.1        Program Guru

 

1.      Mesyuarat Panitia sekurang-kurangnya 2 kali setahun

2.      Bengkel

-         Mengadakan bengkel berkaitan alat bantu mengajar

-         Penyediaan Rancangan pelajaran

3.      Kursus Dalaman

-         Guru yang menghadiri kursus mengadakan kursus dalaman kepada ahli

-         Menjemput penceramah luar untuk memberi kursus kepada ahli

2.3.2        Program Murid

 

1.      Kerja Projek

-         mengikut subjek masing-masing

2.      Kuiz

-         mengadakan kuiz peringkat tahap / sekolah

-         menyertai kuiz yang dianjur oleh pihak luar

3.      Pertandingan

-         Pertandingan peringkat tahap / sekolah

-         Menyertai pertandingan yang dianjur oleh pihak luar

4.      Minggu Panitia

 

2.4  Peranan Panitia Mata Pelajaran

 

2.4.1        Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik mata pelajaran masing-masing dan juga dalam peperiksaan PKBS

 

2.4.2        Berkerjasama dengan Penyelia Petang untuk menyusun waktu pelajaran / peperiksaan dan lain-lain.

 

2.4.3        Bertanggungjawab atas pesanan barang-barang yang diperlukan utnuk pengajaran dan pembelajaran matapelajaran tersebut.

 

2.4.4        Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran matapelajaran masing-masing

 

2.4.5        Membimbing hal-hal berikut :

1.      Rancangan Pelajaran Tahunan

2.      Buku Teks

3.      Sukatan Pejalaran dan Huraian

4.      Peningkatan Mutu Pengajaran dan Pembelajaran

5.      Penilaian dan Peperiksaan

6.      Bahan dan Alat Bantu Mengajar

7.      Pemulihan

8.      Kerja latihan

9.      Minggu Panitia

10.  Implimentasi Rancangan Akademik Sesi Petang

11.  Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran

 

2.4.3        Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas ( jika ada ) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya. Menyediakan inventori dan kemaskini peralatan pada setiap tahun

 

2.4.4        Melaksanakan rancangan lima tahun akademik sekolah

 

2.4.5        Menentukan papan-papan kenyataan ( jika ada ) dipenuhi bahan-bahan berkaitan M/P dan dikemaskinikan.

 

3.      Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Sesi Petang

 

3.1  Pengenalan

 

            Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian bertanggungjawab menguruskan berkaitan

            dengan semua Ujian peringkat Sekolah dan juga peperiksaan awam. Jawatankuasa ini

            dipengerusikan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan 1 sebagai Naib Pengerusi.

 

3.2  Ahli Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaiain

 

           Pengerusi                       : Hj Abg Sapali Hj Abg Sepawi ( Guru Besar )

           Naib Pengerusi                          : En Tiong Ho Sion ( Penyelia Petang )

           Setiausaha                                 : Giliran Penyelaras

           Penyelaras setiap standard         : Pn Yusmiza Ismail (Tahun 1)

                                                              Pn Noormala Fadzli (Tahun 2)

                                                              Pn Julia Victor (Tahun 3)

           Ahli                                           : Semua Penolong Ketua Panitia Mata Pelajaran

 

     3.3 Strategi Pelaksanaan

 

           3.3.1     Ujian Pertengahan Semester                  - 2 kali  (Berjadual)

           3.3.2     Ujian Semester                                      - 2 kali  (Berjadual)

           3.3.3     Ujian progressif / Topikal                       - sekurang-kurangnya 4 kali

 

     3.4 Jadual Pelaksanaan

     

Bil.

Perkara
Tarikh

Mula

Tamat

1

Peperiksaan pertengahan Sem1

06.03.2006

10.03.2006

2

Peperiksaan Semester 1

22.05.2006

26.05.2006

3

Peperiksaan pertengahan Sem2

14.08.2006

18.08.2006

4

Peperiksaan Semester 2

16.10.2006

20.10.2006

 

3.5     Peranan Jawatankuasa Penilaian & Peperiksaan

 

     3.5.1    Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan peringkat sekolah

     3.5.2    Menyediakan Jadual Pembina Soalan

3.5.3        Mengurus percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan

3.5.4        Memastikan kertas-kertas soalan diedar kepada guru pengawas sebelum peperiksaan   

            dijalankan

3.5.5        Memastikan skima jawapan disediakan oleh ahli Panel Penggubah soalan

3.5.6        Memastikan peperiksaan di jalankan mengikut prosedur dan masa yang dtetapkan 

3.5.7        Memastikan Bank Soalan diwujudkan untuk baham rujukan pada masa yang akan datang

3.5.8        Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk pembincangan kemajuan pelajar

3.5.9        Menganalisa keputusan peperiksaan secara terperinci

3.5.10    Menyediakan pelan tindakan susulan setiap Semester

 

 

4.      Pelan Tindakan Pusat Sumber Sekolah Sesi Petang

 

4.1  Rasional

 

            4.1.1   Mewujudkan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) boleh menyumbang ke arah memberi

                       kemudahan kepada wanga sekolah

 

4.1.2        Mewujudkan sistem pengurusan kerja yang cekap dan teratur

 

            4.1.3   Menjadikan PSS sebagai pusat merentasi kurikulum dan pusat rujukan kepada 

                       semua warga sekolah

 

4.2  Jawatankuasa Pusat Sumber

 

            Penasihat          : Hj Abg Sapali Hj Abg Sepawi ( Guru Besar )

            Pengerusi          : Cikgu Norazah Othman & Cikgu Julia Victor

            Setiausaha        : Giliran Guru

            Ahli-ahli            : Cikgu Tiong Ho Sion ( Penyelia Petang)

                                      Pn Chua Poh Geok ( Guru Penyelaras PPSMI )

                                      Semua Penolong Ketua Panitia dan Guru

 

4.3  Objektif

 

4.3.1        Mengurus PSS dengan teratur, kemas dan efisyen secara berterusan

 

            4.3.2   Membentuk ahli jawatankuas yang ada kesungguhan bekerja dan bekerjasama

 

            4.3.3   Merekodkan perolehan koleksi PSS dari masa ke semasa

 

4.3.4        Menjdaikan PSS sebagai pusat maklumat

 

            4.3.5   Mewujudkan khidmat pinjaman dan penggunaan bahan-bahan yang sistematik

 

            4.3.6   Mewujudkan setiap ruang PSS itu suatu tempat yang kemas dan selasa

 

 

4.4  Strategi pelaksanaan

 

4.4.1        Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS

 

            4.4.2    Menerangkan peranan yang perlu dijalankan oleh setiap kompenan dalam PSS

 

4.4.2        Bergotong Royong membersihkan bilik alat bantu mengajar dan perpustakaan

 

            4.4.4    Menyusun segala peralatan dalam bilik ABM dengan teratur

 

            4.4.5    Merekodkan setiap ABM dalam Buku Stok mengikut matapelajaran dan memberi 

                        nombor bagi setiap ABM.

 

4.4.7        Menyediakan peraturan menggunakan kemudahan PSS dan perpustakaan.

 

4.4.8        Melantik pengawas PSS dan Peperpustakaan untuk membantu menjaga

                        kekemasan PSS dan perpustakaan serta khidmat

 

            4.4.9   Memaklumkan kepada guru-guru dan murid-murid cara penggunaan PSS terutama 

                        bahagian perpustakaan.

 

4.4.10    Memohon jasa baik PIBG untuk meningkatkan keadaan di Perpustakaan supaya

                        menjadi tempat yang lebih kondusif untuk murid-murid membaca buku.

 

 

 

4.5          Peranan Pusat Sumber Sekolah

 

4.5.1        Merancang penghasilan bahan-bahan.

 

4.5.2        Memilih dan menentukan tajuk-tajuk bahan yang bersesuai dengan sukatan pelajaran.

 

4.5.3        Mendapatkan kerjasama dalam usaha menghasilkan bahan-bahan daripada guru, murid, kelab atau persatuan.

 

4.5.4        Menyimpan dan merekod (inventori) bekalan dan ABM

 

4.5.5        Bertanggungjawab mengawas keberishan bilik sumber dan menyusun Jadual kerja murid-murid.

 

4.5.6        Bertanggungjawab melatih dan melantik murid bertugas untuk menyelia dan mengawas bilik sumber.

 

4.6          Tarikh Pelaksanaan

 

            Hal-hal pengurusan akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa. Murid-murid diwajibkan untuk menghadiri Kelas Perpustakaan ( Mengikut B.M dan B.I. ) setiap kali seminggu ( BI sekali bersilang dengan BM). Di samping itu Perpustakaan akan dibuka juga pada setiap tengahhari setiap hari untuk bacaan dan sebagainya.

 

4.7          Impaks

 

            Guru Dapat menggunakan sumber kemudahan PSS dengan secara optimum dan berkesan. Manakala murid-murid boleh menggunakan Perpustakaan dengan teratur dan minat membaca semakin meningkat.

 

5.      Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Sesi Petang

 

5.1  Pengenalan

 

                  Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu aspek dalam pengurusan kurikulum sekolah dan ia melibatkan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah serta penyemakan hasil kerja murid oleh para guru.

 

5.2  Objektif

 

5.2.1   Membolehkan pentadbiran sekolah mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

 

5.2.2   Berbincang kekuatan dan kelemahan guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

 

5.3  Strategi Pelaksanaan

 

5.3.1        Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dibuat oleh Guru Besar dan Penyelia Petang sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun

 

5.3.2        Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bermula pada bulan Mac

 

5.3.3        Penyeliaan dibuat bila-bila masa samada diberitahu atau tidak kepada guru yang hendak diselia

 

5.3.4        Buku-buku kerja dan latihan ditandatangani oleh Guru Matapelajaran masing-masing

 

5.4  Impaks

 

Prestasi guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran meningkat susulan dengan peningkatan prestasi murid-murid. Prestasi akademik dalam peperiksaan PKBS juga dikekalkan pada peringkatan cemerlang setiap tahun

 

6. Program Khas Peningkatan Prestasi Murid Sesi Petang secara amnya

6.1  Objektif

 

6.1.1        Program ini ditujukan khusus untuk meningkatkan prestasi akademik semua murid-murid di sekolah ini.

 

6.1.2        Program ini juga dapat mengekalkan prestasi gemilang dalam PKBS

 

6.2       Strategi pelaksanaan secara am

 

6.2.1         Budaya membaca

 

Mengalakkan murid-murid membaca buku bila-bila masa

-         Pada waktu rehat

-         Pada waktu pagi sebelum permulaan sesi persekolahan

-         Semasa menunggu Ibu bapa untuk mengambil mereka pulang

-         Pada waktu perpustakaan

-         Projek Nilam

-         PLBS

 

6.2.2         Projek 3M dijalankan sepenuhnya

 

-         Semula murid tahun 1 mesti celik huruf dan angka pada selewat-lewatnya bulan Jun setiap tahun.

-         Murid yang lemah diberi pemulihan dan bimbingan oleh guru M/P masing-masing

-         Murid-murid didedahkan kepada nilai murni menguasai huruf dan bacaan melalui “Drilling” setibanya di sekolah dan diketuai oleh muird yang dianggap murid baik

-         Fokus terhadap penguasaan sifir. Semua murid mesti menghafalkan sifir apabila sampai tahun 3. Murid-murid digalakkan menghafal sifir dan “Mental Arithematic” (Congak) bila-bila masa dan juga 5 minit pada waktu matematik setiap hari

 

6.2.3         Projek transisi tahun satu dijalankan mengikut kehendak kementerian

 

6.2.4         Peranan Guru

 

-         Mengendalikan Ujian Pertengahan Semester / Ujian Semester dengan tepat masa yang diaturkan dan laporan serta analisa ujian-ujian itu dibuat secara perinci untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid-murid.

 

-         Menyelia dan menyemak latihan-latihan demi kemajuan murid-murid.

 

-         Mengubah soalan –soalan yang bernutu dalam setiap ujian dan selepas ujian analisa kertas soalan dibuat oleh para guru Matapelajaran untuk mengenalpastikan kelemahan murid dalam tajuk-tajuk tertentu.

 

-         Guru yang berpengalaman di agih mengajar Matapelajaran tertentu mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

 

6.2.5         Sistem Permarkahan

 

-         Sistem Permarkahan Peperiksaan

Markah

85 - 100

60 - 84

50 - 59

20 -49

0 – 19

Gred

A

B

C

D

E

 

-         Selain itu pada setiap mesyuarat staf, setiap tahap akan memberi laporan mengenali kemajuan murid-murid lemah yang telah dikenalpasti dan tindakan susulan yang telah diambil untuk membaikpulih murid-murid tersebut. Pihak pengurusan juga membuat pemantauan untuk memastikan tindakan susulan yang dicadangkan oleh guru-guru berkenaan betul-betul dijalankan.

 

6.2.6         Latihan Tubi digalakkan bagi semula murid di semua tahap supaya dapat menguasai tahap minimum pembelajaran

 

6.2.7         Pertandaingan Kuiz, menulis karangan, reka cipta, bercerita dll sama ada berasaskan M/P atau secara amnya, dijalankan oleh Kelab / persatuan / Panitia M/P masing-masing sepanjang tahun

 

6.2.8         Minggu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains diadakan untuk memupuk minat serta meningkatkan lagi prestasi M/P masing-masing.

 

6.2.9         Guru-guru diberi peluang untuk menghadiri kursus yang berkaitan dengan M/P yang diajar oleh guru dan selepas kembali berkursus akan memberi “In-House training” kepada staf lain dalam Panitia yang sama.

 

6.2.10     Guru-guru juga didedahkan kepada penggunaan IT supaya dapat menyampaikan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih menarik dan memupuk minat daripada murid untuk belajar serta meningkatkan lagi prestasi akademik mereka.

 

6.3               Impaks

Keputusan Prestasi PKBS bagi setiap tahap dikekalkan pada tahap cemerlang. Bilangan murid lemah akan berkurangan setiap tahun.

 

7. Perkembangan Staf Sesi Petang

 

         7.1 Pengenlan

 

            Dalam rancangan pembaharuan, perubahan dan permbaharuan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu diberi pendedahan aktiviti yang terkini dan berkaitan serta relevan dengan tugas mereka. Pendedahan akan dibuat melalui aktiviti perkembangan staf.

        

         7.2 Objektik Khas

 

            Semua staf peka terhadap perubahan dan kehendak semasa SP mata-pelajaran masing-masing.

            Semua staf akan celik dan mahir IT menjelang 2009. Program seperti mengadakan latihan IT sama ada melalui “in-house training” ataupun  institusi seperti MPBL atau MPTAR pada tahun 2006 hingga 2007. Mulai 2006 semua staf dinasihatkan berkembangan pengetahuan IT sendiri sama ada melalui kursus sendiri atau belajar dengan kawan sehingga mahir dalam penggunaan IT.

 

         7.3 Stategi & Jadual Pelaksanaan

 

            7.3.1 Kursus dan Ceramah

 

            Tarikh / Tempat                                 Tajuk                                      Guru terlibat

               

            Mei/MPBL                               Interactive Excel (ICT)                        33 orang Staf

            Julai/MPTAR                           Surfing Internet (ICT)                           33 orang Staf

             Sudah dijalankan seperti dirancangkan.

 

            7.3.2 Bengkel dan Kursus yang dianjurkan oleh Panitia Mata pelajaran.

 

Tarikh                                                 Tajuk                                      Panitia/Badan

3.02.2006                                 Laporan Ujian                           Bahagian Kurikulum Sesi Ptg

 

 

 

 

 

 

               

Sudah dijalankan seperti dirancangkan.

 

         7.4 Impak

 

            7.4.1 Semua guru dapat menyediakan laporan ujian-ujian menggunakan Pengisian IT  

                     dengan baik.

 

            7.4.2 Semua guru dapat menyediakan kertas soalan dengan menggunakan komputer dan

                     ini telah meningkatkan lagi mutu kertas soalan.

 

            7.4.2 Semua guru yang telah didedahkan kepada kursus/bengkel, peka terhadap kehendak

                     S.P matapelajaran masing-masing serta perkembangan semasa.

PERATURAN DAN PANDUAN GURU

 

Selain daripada Tatasusila Profesyen Perguruan ( seperti yang tertara pada Buku Rekod persediaan Mengajar) guru-guru juga dikehendaki mematuhi peraturan dan panduan seperti tersenarai di bawah. Sesiapa yang melanggar peraturan dan garis panduan ini akan diambil tindakan tatatertib.

 

Perkara Umum.

 

1. Semua guru mesti berada di sekolah sebelum atau tepat pada 1215 tgh (sesi petang). Guru yang bertugas haruslah berada disekolah sebelum atau tepat pada 1200 tgh (sesi petang). Guru dikehendaki menandatangani buku kehadiran untuk rekod.

 

2. Sesiapa yang sakit atau tidak dapat hadir dikehendaki menghantar Sijil Cuti sakit dari doktor kerajaan / doktor yang diluluskan oleh kerajaan. Perintah Am Bab C (15) dan Bab D (21) adalah dirujuk. Sijil-sijil sakit ini seharusnya dihantar ke pejabat secepat mungkin dan tidak boleh melebihi 90 hari dalam setahun. Guru-guru juga perlu memberitahu pihak sekolah, berapa hari cuti sakit yang diambil supaya “sit-in” dapat diatur. Ketidakhadiri ke sekolah tanpa sebab (surat nyata) akan dianggap poteng dan tindakan potongan gaji akan diambil.

 

3. Sesiapa yang tidak dapat bertugas mesti beritahu Guru Bsear/Penyelia Petang selewat-lewatnya satu jam sebelum kelas/aktiviti/mesyuarat dan sebagainya dijalankan. (Tel: 082- 612410)

 

4. Sesiapa berkursus haruslah diberitahu awal supaya Pengganti dapat diatur lebih awal dan perlu ditulis pada papan tulis dalam bilik pejabat.

 

5. Semua guru mesti berpakaian kemas dan bersih mengikut apa yang telah disarankan dalam surat Perkeliling perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 dan surat perkeliling Ikhtisas Bil 6 Tahun 1985. perangai dan gaya berbicara hendaklah bersopan santun.

 

7. Semua guru tidak boleh menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

 

8. Semua guru mesti mengawasi rahsia-rahsia kerjaan/sekolah dan dilarang membuat pernyataan awam/bertindak sebagai penyunting suratkhabar dsb. Dan diteguh mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan politik melainkan diluluskan secara bertulis oleh kementerian Pendidikan. Semua surat-menyurat rasmi mesti melalui Guru Besar.

 

9. Semua guru digalakkan memberi perkhidmatan serta layanan yang baik dan mesra semasa berhubung dengan orang awam/ ibubapa murid.

 

10. Semua guru digalakkan membelajarai IT sendiri untuk melengkapi pengetahuan IT untuk maju ke hadapan.

11. Semua guru mesti tekun bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas supaya mendapat hasil kerja yang bermutu tinggi dan berkesan.

 

12. Semua guru mesti mengambil perhatian serius dan SEGERA terhadap apa jua arahan/ perkeliling/ tugas yang telah diagih/diberi oleh Guru Besar / Penyelia Petang dari masa ke semasa. Ketepatan masa dalam menyiapkan kerja/tugas/arahan serta menghahsilkan kerja yang bermutu tinggi dalam jangka masa yang ditetapkan akan diambilkira dalam penilaian prestasi tahunan.

 

13. Buku rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/Penyelia Petang pada hari Khamis tiap-tiap minggu.

 

14. Sesiapa yang hendak keluar untuk urusan rasmi pada waktu persekolahan, mestilah memberitahu Guru Besar/Penyelia Petang dan seterusnya mencatatkan dalam buku Rekod pergerakan Staf. Urusan peribadi seperti membayar bil-bil, urusan bank, masalah keluarga, fotostat, urusan PIBG dll, haruslah diuruskan pada sebelah pagi.

 

15. Segela kutipan wang daripada murid haruslah dicatatkan dalam Buku Kehadiran murid dan butir-butiran murid perlu dilengkapkan dalam masa satu minggu selepas permulaan sesi persekolahan.

 




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: